Posted by: am17 | August 8, 2010

Seusai Konvokesyen USM Ke-42

Alhamdulillah..

Segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah Azzawajalla…

Maha Suci Allah yang telah menciptakan langit dan bumi,menciptakan kejadian siang dan malam yang penuh dengan keajaiban,menjadikan setiap sesuatu itu dengan berpasang-pasangan,Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad Rasulullah S.A.W, kekasih dan pesuruh Allah S.W.T..menjadi rahmat terhadap seluruh alam…

Yang dikasihi sahabat-sahabat muslimin muslimat seperjuangan..

Sekian lamanya laman ini sepi daripada sebarang ‘posting’ dan ‘sharing’…laman ini ditinggalkan sepi sendiri tanpa sebarang isi…sehinggakan password nak login pn hampir terlupa..tp Alhamdulillah dengan rasa gerak hati,ruang ini akan dihiasi dgn perkongsian yang ku lalui beberapa hari lalu…

Alhamdulillah, setelah 4 tahun aku menimba ilmu di USM Kampus Kejuruteraan,akhirnya dengan izin dan kehendak ALLAH aku telah berjaya menerima segulung ijazah sarjana muda (kejuruteraan mekatronik). Syukur dan gembira di atas kejayaan yang diterima ini. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan,sahabat-sahabiah yang telah berjaya dengan cemerlang.

Semua kita pasti gembira di atas kejayaan ini, terutamanya kedua ibu bapa yang sekian lama membesarkan anaknya..betapa sejuknya hati mereka melihatkan kejayaan anaknya di dunia ini..wajah-wajah gembiranya mereka dapat dilihat melalui lensa kamera yang berkelip merakam kenangan manis itu…penuhilah pengorbanan kedua ibubapa kita dengan hadiah kejayaan di dunia dan akhirat.

Buat diriku,apakah perancangan ku dalam meneruskan kehidupan yang mencabar selepas ini..ramai rakan-rakan dan sahabat2 yang dijumpai semasa konvo bertanya…dah keja ka?keja apa la ni?awat x keja lagi?minta keja kat mana?…aku hanya tersenyum dan menjawab..”keja besa-besa ja”..”keja bt sementara ja”…jawab dgn segan dan malu..tahniah kpd mereka yang sudah berjaya menjawat jawatan sbg engineer,kpd yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat master..semoga kejayaan mengiringi saudara sekalian..namun aku masih mencari dan tercari-cari haluan diri..

Perancangan ada bermain-main dlm kepala, sentiasa berfikir dan terfikir peluang membina kerjaya, sesuai dengan pencapaian dan kelebihan diri ini..insyAllah mudah-mudahan perancangan yang difikirkan dapat dilaksanakan dan beroleh kejayaan..mohon doa daripada kalian sahabat-sahabiah sekalian…

——————————————————————————————————————————————————-

Musafir Ke Shah Alam…

Setelah pulang dari konvokesyen pada petang Jumaat 6 Ogos 2010, aku telah berjanji dengan seorang sahabat utk ke Shah Alam..dengan izin Allah pada keesokan harinya iaitu pada hari sabtu jam 9.00 pagi aku menaiki bas ke Shah-Alam..pemergian kami ke Shah Alam adalah untuk bertemu dengan Ust Abd Khaliq Al-Hafiz iaitu pengusaha percetakan buku-buku dan Al-Quran..beliau adalah seorang hafiz dan bekas imam besar di masjid UIAM..dan juga seorang pentashih Al-Quran..telah mengusahakan perniagaan percetakan dan penerbitan buku hampir 20 tahun…

Tujuan berjumpa dengan beliau adalah untuk berbincang dan menjalin kerjasama untuk turut sama menceburi bidang perniagaan seperti beliau..pelbagai perkongsian pengalaman yang telah di dengari membuatkan diri ini terasa semangat untuk turut sama menceburi..namun masih terlalu jauh dan memerlukan perancangan yang rapi..benar kata sahabatku..kita belajar daripada mereka yang telah berjaya..

Masa terasa begitu singkat, pertemuan hanya selama 2-3 jam sahaja..tepat jam 11 mlm kami perlu pulang semula ke utara..walaupun singkat tetapi perkongsian yang didengari amat bermakna kepada diri ni..pulang membawa buah tangan harapan kejayaan..insyaAllah..

Sekian sedikit catatan pada kali ini..Wassalam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: