Posted by: am17 | May 18, 2010

Mari Membeli Buku….

Assalammualaikum…

Apa khabar sahabat sahabiah sekalian…

Semoga sihat sejahtera hendaknya…

Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya ini setelah sekian lama laman ini sepi daripada sebarang tulisan dan perkongsian ilmu.

Erm, mari2 dengar sini…

Nak berkongsi dua jenis buku yang bermanfaat disini:

1. Indahnya Hidup Bersyariat (RM 55.00)

     Penulis: Dato’ Ismail Kamus dan  Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid 

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

2. Syamail Muhammad S.A.W (RM 45.00)

    Penulis: Imam At-Tirmizi

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Mari membeli buku, jika berminat utk membeli blh maklumkan pada saya atau blh lihat di www.stormreaders.net/raudhahilmu

“Sampaikanlah dariku,walaupun satu ayat”

sekian dulu perkongsian pada kali ini, insyaAllah nnt kita bertemu lagi yer…Assalammualaikum


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.