Assalammualaikum
salam akhir ramadhan karim….
Apakah perasaan kalian tika ini?adakah kita bersedih menangisi pemergian Ramadhan atau gembira x sabar menyambut Syawal?bagi kita insan yg biasa dan penuh kelemahan,semestinya saat ini kita berasa gembira menanti kedatangan bulan Syawal,x sabar utk pulang ke kampung bertemu keluarga dan sanak saudara,x ketinggalan samalah dgn diriku ini,aku dah x sabaq2 nk balik kg,jumpa family,bersahur dan berbuka puasa di hujung ramadhan dgn keluarga…itulah fitrah insan yg lemah..
Namun disebalik semua itu,marilah kita sama2 muhasabah diri yg lemah ini,sebelum kita gembira menyambut Syawal,marilah kita ‘review’ kembali segala amal ibadat di sepanjang Ramadhan pada kali ini,adakah kita berpuas hati dgn amal ibadat yg kita kerjakan di sepanjang bulan berkat ini? sekiranya tidak,masih berbaki 4 hari lagi utk kita terus mengejar ganjaran hebat yg ALLAH tawarkan..di penghujung akhir Ramadhan adalah tawaran pembebasan dr azab api neraka,marilah kita memecut dgn kelajuan yg maksima utk meraih bonus yg telah ditawarkan ini,ramai mana dr kita yg ghairah mengejar ganjaran ini?
Bagi mereka yg beriman,saat ini adalah peluang yg paling baik utk direbut kerana di akhir 10 ramadhan ada satu malam yg mana lebih baik dari seribu bulan,iaitu malam Al-Qadr..malam Al-Qadr adalah ganjaran paling besar yg Allah kurniakan hanya kepada umat Nabi Muhammad..sejauh mana kita menghargai nikmat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..subhanaAllah,betapa besarnya nikmat menjadi umat Rasullullah S.A.W..adakah kita sedar akan hal ini???..astagfirullah,diriku ini jauh lalai dgn keasyikan dunia yg fana…..di kala ramadhan masih berbaki 4 hari,ayuh marilah kita bangun memperhebatkan lagi ibadat dan berusaha memburu malam al-Qadr…bangunlah menghidupkan malam akhir ramadhan dgn tadarus Al-Quran,tahajjud dan zikir,moga2 kita menjadi tetamu malam al-Qadr..insyaAllah…carilah malam Al-Qadr dgn ikhlas dan amal ibadat…http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=604&Itemid=72
Dikesempatan ini,diriku yg lemah ingin memohon keampunan di atas segala kesilapan samada disedari ataupun tidak..dan aku juga memaafkan segala kesalahan sahabat2 sekalian…semoga kita sume selamat pulang ke kg halaman masing2..moga kita dipertemukan dgn Ramadhan pada tahun hadapan…insyaAllah..wassalam

.astagfirullah,diriku ini jauh lalai dgn keasyikan dunia yg fana…
nak komen bab nie.. tau pun.. tapi takde tindakan pun..
By: eagle on September 26, 2008
at 9:21 pm