Posted by: am17 | November 17, 2009

pembetulan…

Assalammualaikum…

Maaf dipinta atas kesilapan berkaitan kisah Saidina Khalid Al-Walid R.A dlm posting yg bertajuk “keikhlasan dalam berjuang”..shukran diucapkan kpd sahabat yg telah menegur kesilapan ini..

Sedikit pembetulan terhadap ‘ibrah’ atau pengajaran dr sirah pelucutan Khalid Al-Walid R.A sbg khalifah perang kpd Abu Ubaidah Al-Jarrah R.A

Kisah penggantian khalifah perang ini telah berlaku semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab R.A ..Khalid Al-walid telah memegang jawatan panglima perang sejak sebelum zaman Saidina Umar lagi. Setiap peperangan yg dipimpin olehnya pasti akan mencapai kemenangan. Sehingga umat islam pada ketika itu merasakan bahawa setiap peperangan yg dipimpin oleh khalid semestinya akan menang.

Menyedari hal ini, Saidina Umar amat bimbang dengan penggantungan dan keyakinan umat islam terhadap pertolongan dari Allah pada ketika itu tergugat dan goyah..lantaran saidina umar mengutuskan surat pertukaran jawatan panglima perang khalid al-walid kpd Abu Ubaidah Al-Jarrah..Khalid Al-Walid menerimanya dengan hati yang tenang dan terus wala’ dan taat kpd pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab.

Ibrah atau hikmah pengajaran yg boleh di ambil:

1. Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

2. Menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

3. Ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Moga-moga kisah sirah ini menjadi pengajaran dan panduan yg berguna kpd kita dalam memperjuangkan Islam..wallahualam

Posted by: am17 | July 21, 2009

Teruskan perjuangan sahabat2 ku

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerna kita masih lagi dapat terus bernafas meneruskan risalah perjuangan junjungan besar baginda Rasullullah S.A.W di atas muka bumi yang fana ini.

Hadirnya tulisan pada kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah dan takziah di atas taklifan yang telah diamanahkan ke atas kalian sebagai pimpinan PMIUSMKKj sidang 2009/2010. Sesungguhnya taklifan ini adalah sebagai ujian dan tarbiyyah dari Allah S.W.T untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNYA.

Terimalah dan galaslah bebanan ini dengan penuh rasa amanah,keinsafan dan rendah diri kepada Allah S.W.T.

Pada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, berilah bantuan,bimbingan dan tunjuk ajar pada mereka agar dapat melaksanakan amanah Allah ini dengan  sebaiknya.  Kritikan dan teguran yang membina  adalah  alat  bantu  yg terbaik untuk  kita merencana gerak kerja.

Disamping segala perancangan atau  strategi yg akan kita rangka nanti,ingatlah kebergantungan kita hanya kepada Allah Taala.

Dekatkanlah ikatan hati kita dengan Allah S.W.T. Mudah-mudahan segala usaha kita untuk melaksanakan dakwah ISLAM di bumi Transkrian akan dipermudahkan dan di REDHAI olehNYA..wa akhiru kalam, Sirru A’la Barakatillah..berjalanlah atas keberkatan Allah..Wasssalam

Posted by: am17 | May 28, 2009

“Lihatlah dengan mata hati”

Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah segala puja dan puji kita panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kita lafazkan ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W dan seluruh kaum keluarga dan sahabat baginda kerna atas usaha dakwah tanpa mengenal penat dan lelah kita masih lagi dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Cuba kita renungkan bagaimanakah keadaan kita kini jika 2 nikmat ini ditarik olehNYA? Apakah kita menghargai 2 nikmat ini atau sebaliknya? Begitulah sifat kita sebagai makhluk yang lemah seringkali lupa dengan nikmat yang ada.
Begitu lama diriku tidak menjengah dan menitipkan sesuatu dalam laman sesawang ini, dibiarkan laman ini bersawang dengan tinta-tinta lama tanpa sebarang perkongsian baru. Kini aku cuba mengagahkan diri untuk memanfaatkan semula laman peribadiku ini sebagai wasilah perkongsian dan diskusi ilmu. Diharapkan tulisan yang tidak seberapa ini dapat menjadi santapan rohani buat kita semua.
Tika ini aku sedang menjalani praktikal industri bagi memenuhi silibus dan syarat untuk memiliki segulung ijazah. Tempoh masa 5 minggu yang telah ku tempuhi memberi banyak pengalaman baru di alam pekerjaan,bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja dan urusan peribadi, pengisian rohani, kerja jemaah dan sebagainya. Ketika inilah kita dapat menilai sejauhmana keupayaan menempuhi cabaran realiti kehidupan. Moga kita semua tabah dan cekal mendepani setiap mehnah dan tribulasi yang mendatang.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Lihatlah sesuatu dengan mata hati” kata manager tempatku kerja..itulah nasihat dan teguran yang telah disampaikan olehnya kepada kami semua ketika sesi meting pagi membincangkan progress projek yang telah diberikan. “kerja yang kamu lakukan ini bukanlah hanya untuk mendapat gaji semata-mata, tetapi adalah untuk menambahkan ilmu, cuba kaitkan dengan solat, ketika solat kita hendaklah khusyuk dan fokus, begitulah ketika kerja,berikan tumpuan dan fokus ketika menyiapkan kerja, cuba lihat bangsa lain bekerja,mereka begitu tekun dan fokus bekerja,sehari 12 jam,tidak hairanlah jika mereka berjaya dalam perniagaan dan pekerjaan. Sebagai seorang jurutera muslim kita perlulah menilai sesuatu kerja dengan mata hati, kaitkan ilmu kejuruteraan dengan kehebatan dan kebesaran ALLAH yang menjadikan tiap sesuatu,tidaklah hanya melihat sesuatu dari sudut luaran sahaja. Jika kita tidak dapat mengaitkan tiap sesuatu dengan keESAanNYA,dan tidak sensitif dengan apa yang berlaku,semaklah semula hubungan hati kita dengan ALLAH Taala, janganlah sehingga hati kita telah ditutup dari cahaya hidayahNYA”….dialog antara seorang manager dengan anak buahnya pada suatu pagi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Lihatlah dan renunglah sesuatu dengan mata hati” kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang di telinga dan mindaku. Kehendakku untuk mendalami hikmah kata-kata ini semakin menebal. Alangkah kotornya hati hambaMU ini Ya Allah..sering lalai dari mengingatiMU dan leka dengan keasyikan dunia yang fana. Teringat sabda baginda Rasulullah S.A.W..dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut, jika jahat daging tersebut maka jahatlah manusia tersebut, itulah hati..
Kata Imam Al-Ghazali:”Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika menunaikan solat. Jika tidak ditemui,carilah hatimu ketika duduk bertakakur mengingati Allah, Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru….”
Berhati-hatilah menjaga hati kita kerna amalan yang sebesar gunung pun tidak akan bernilai dan akan hancur menjadi debu sekiranya dilakukan tanpa niat yang ikhlas. Seluruh amal ibadah yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati kita . sesungguhnya kualiti hati menentukan kualiti amalan dan kuantiti amalan menentukan kualiti hati. Setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk membersihkan dan mendekatkan hubungan hati kita kepada pencipta Yang Maha Esa. Jauhkan diri kita daripada melakukan maksiat kpdNYA kerana virus dosa dan maksiat akan menghakis naluri hati sedikit demi sedikit….
Marilah kita melazimi mencapai Al-Quran dan membacanya,bacalah ayat-ayat Allah itu kerana ianya pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar kepada jiwa dan pengubat kepada HATI. Rawatlah hati kita dengan 3 cara yakni 1. Sering membaca Al-Quran 2. Menunaikan solat dan ketiga ialah dengan mengingati mati.

Cukuplah mati sebagai satu peringatan,dengan mengingati mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat, memadam rasa enggan menunaikan solat dan ketaatan..berdoalah agar kita dikurniakan hati yang khusyuk dan tawadhuk..berhati-hatilah kita menjaga hati,jangan sampai kita kehilangannya…Waallahualam..
(mendamba redha Ilahi,12.50am)

Posted by: am17 | March 22, 2009

coretan rasa hati…..

Assalammualaikum…
Alhamdulillah,pertama dan selama-lamanya marilah kita sama2 memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerna dengan izin daripadaNYA kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang khalifah sebagaimana yang telah diperintahkanNYA dalam Quran Karim. Selanjutnya marilah kita sama-sama melafazkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah S.A.W pemimpin agong umat akhir zaman dan kerna bagindalah kita masih lagi kekal dalam nikmat Islam dan Iman,alhamdulillah..
Hadirnya coretan ini adalah atas rasa desakan hati yang lama tidak melakarkan sesuatu dalam blog ini..semoga sedikit coretan ini dapat memberi motivasi kpd diri sendiri dan sahabat2 sekalian..
Alhamdulillah sudah hampir 2/3 sessi pengajian sidang 08/09 telah diharungi,pelbagai ragam telah ditempuhi,ada suka dan duka,namun hakikat kedua-duanya ini telah memberi pengalaman yang berguna kpd kita semua..harungilah semua cabaran kehidupan ini dengan tenang dan sabar,insyaAllah kita akan menemui kemanisannya kelak.

Ayyuhal akhwah wa akhwati…

“Kalian adalah sebutir permata yang bersinar,kalian adalah mutiara yang dicari,kalian adalah obor penyinar agama ini,kalian adalah penyebar risalah dakwah Rasulullah S.A.W ketika mana umat di zaman ini kian menyisihkan tugas ini,kita bukanlah orang yang memulakannya atau yang menamatkannya,tetapi kita adalah mata-mata rantai yang saling bertaut antara satu sama lain demi memastikan roda dakwah ini terus berputar dengan laju menuju ke destinasi yang diingini”

tabahkanlah hati dalam mengharungi segala onak dan duri merentasi jalan juang ini,moga-moga kita akan peroleh Redha Ilahi dan segala amal kita ini akan dihisab sebagai kebaikan di atas neraca ALLAH S.W.T kelak…marilah sama-sama kita mencari Redha Ilahi…

Posted by: am17 | January 10, 2009

Eksplorasi Diri

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahir
Menyingkap realiti nan tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

“Mengeksplorasi diri,mengkoreksi kelemahan diri,mencari potensi diri,membina peribadi..memahami peranan diri…mendamba keREDHAan ILAHI..bersama kita telusuri hakikat perjuangan ini”….salam 1430 Hijrah

Posted by: am17 | November 21, 2008

memohon dan berserahlah….

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah segala puji dan puja dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T pemilik seluruh alam dan sekelian makhluk. Selawat dan salam ke atas junjungan besar pesuruhNYA Saidina Muhammad S.A.W.Semoga kita semua di saat ini mendapat limpahan berkat dan redha dariNYA..

Alhamdulillah,kita sume telah pun selesai menempuhi peperangan di medan ilmu,semoga kita sume diberikan keputusan yg baik,insyaAllah..hanya kepada ALLAH kita berserah dan bertawakal…moga Allah memberkati dan meredhai setiap kerja buat dan usaha kita…

Disaat ini mungkin ada di kalangan kita yg masih terasa bahang peperiksaan yg telah dihadapi,walaupun exam tlh melewati tetapi seperkara yg masih merisaukan kita adalah menanti keputusan yg akan diterima..risau samada keputusan itu baik atau sebaliknya,disaat inilah terujinya sejauh mana kebergantungan kita hanya kpd ALLAH.Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung,memohon,meminta dan meratap semua makhluk?Siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tidak lain,adalah hanya ALLAH yang tiada tuhan selain dia..

 

sujud_t21

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adalah suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kpdNYA dalam keadaan lapang mahupun sempit,keadaan mudah mahupun susah..kita haruslah menumpahkan semua permasalahan kita ke pangkuanNYA dan kita juga tetap harus bertawassul kpdNYA…

FirmanNYA…

“atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNYA”-an-naml:62

Allahlah yang menyelamatkan org2 yang tenggelam,memberi jalan keluar orang2 yg mengalami kesulitan,menolong org2 yang dizalimi,memberikan petunjuk kpd org yang sesat,menyembuhkan org yg sakit dan meringankan beban org yang mendapat cubaan..mengadulah,merataplah,berdoalah dan memohonlah kpdNYA..seorg hamba yg benar2 mengetahui hakikat berdoa kpd Allah,nescaya dia tidak akan pernah resah,gundah dan berserabut fikirannya..

“berdoalah kamu kpdKU,nescaya akan kuperkenankan bagiMU….” al-mukminun:60

“curahlah setiap waktu kita untukNYA dan beribadatlah kpdNYA dgn tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan”

(sumber asal: la tahzan-Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni) 

Posted by: am17 | October 22, 2008

ayat2 cinta yg terbiar….

 

 

Assalammualaikum…

Alhamdulillah,dalam kesempitan waktu yang menghambat,ku gagahi jua jari jemari ini utk mencoretkan sesuatu dalam blog ini,sudah agak lama niat ku utk mengupdate blog ni,tapi atas kekangan dan halangan yg x di duga niatku ini melayang begitu sahaja,ditiup oleh angin kesibukan…addeeei.tahniah kpd sahabat2 blogger yang terus istiqamah menitipkan tinta dakwah dlm blog masing2..sesungguhnya atas kesungguhan kalian dlm menyebarkan dakwah dlm blog dpt menaikkan semangatku utk berbuat sama..

Sudah lumrah kpd yang bergelar pelajar,tambahan lagi kpd mereka yang telah berikrar utk mewaqafkan diri mendaulatkan ISLAM..Kita telah dihambat dgn seribu kewajipan,samada diduga ataupun tidak..pelbagai kewajipan perlu kita tunaikan utk diri,usrah,rakan sekuliah,persatuan,jemaah,tarbiyyah,akademik dan bermacam lagi..sume ini menuntut tahap pengorbanan yang amat tinggi,tanpa kerelaan atau kesanggupan utk menggadaikan kepentingan diri,sudah tentu kita x dpt menunaikan sume taklifan ini…adakalanya kita as daie fillah diuji dgn perasaan yg berbolak balik,kekadang mmg x dpt dinafikan kita terpedaya dgn bisikan dan hasutan syaitan,yg sentiasa menghasut jiwa2 yg ikhlas berjuang demi ISLAM,begitulah yg terjadi kpd diriku yg lemah ini..

Terkadang,di kala diri ini keseorangan,mulalah ku berfikir yg bukan2,terfikir aku x layak,lemah,bnyak buat kesilapan,nak tarik diri dan berundur dr landasan ini..tetapi segala perasaan ini lenyap ketika mana aku bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan,saat2 manis bersama kalian dpt mengembalikan semula semangatku..shukran ya sahabati,mungkin inilah hikmahnya hidup dalam jemaah,saling memperkuatkan antara satu sama lain…alhamdulillah

 

Ayyuhal ikhwah,

  Sedarkah kita,betapa Allah amat mengasihi hamba2NYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA…Allah sama sekali x akan membiarkan hamba2NYA begitu sahaja…6666 ayat2 cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN..adakah kita as daie selalu menatapnya????

  Dalam Al-quran tercatat pelbagai macam kisah yang boleh mengubati keresahan dan rasa gundah gulana,marilah kita meluahkan rasa sedih dan duka kita dgn menatap ayat2 cinta dari Allah…Ayat2 cinta ini dapat mengubat dan membuahkan ketenangan ke dalam hati kita…Disini ku kongsikan beberapa persoalan yang sering berlegar dalam fikiran kita..moga sedikit sebnyak dapat memulihkan semangat sahibuddakwah sekalian..

  kita bertanya,Al-quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji?         

          Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

 “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?

 “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

 “janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?

 ”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)

” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?

 ” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

 ”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

 ”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

–moga ayat2 cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat seluruh pejuang ISLAM,sama-samalah kita mentaddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh perjuangan ISLAM x bisa luntur dari jiwa-jiwa setiap ansarullah…takbir!!!!

Posted by: am17 | October 5, 2008

Bertemu kembali,meneruskan perjuangan suci….

Assalammualaikum…

Salam Aidilfitri…..

Alhamdulillah kita sume telah pun merayakan hari raya aidilfitri,hari kemenangan buat umat Islam yg telah berjaya melaksanakan ibadah puasa..moga kita tergolong dalam golongan yang berjaya dan ibadah puasa yg telah kita laksanakan mendapat tempat disisi Allah Taala..moga madrasah ramadhan yg kita telah lalui menjadi bekalan utk para sahibbudakwah terus bersemangat utk memperjuangankan kedaulatan Islam yg mana saat ini amat dahagakan tenaga pemuda pemudi utk menyambung kesinambungan dakwah baginda Rasullullah S.A.W…

“Al-wajibat aktharu minal auqat”-kewajipan adalah bnyak@lebih drpd waktu…begitulah sinonimnya pepatah arab tersebut dgn tuntutan dakwah atau kerja buat para sahabat sahabiah pejuang agama ALLAH sekalian…tugas menegakkan agama Allah x kenal erti rehat,x kenal erti putus asa,kecewa,rasa serah gelisah,tertekan,takut dan sebagainya..kita yg telah berjanji setia utk mewakafkan diri membela agama Allah hendaklah kuatkan semangat utk mengharungi setiap kepayahan dan dugaan dengan penuh kesabaran,insyaAllah segala kerja buat kita yg ikhlas kerana Allah akan dihisab dr hari yg tiada amalan kelak..moga kita semua meraih keredhaanNya dan kerahmatanNya kelak…amin

Sahabat sahabiah sekalian,

Selamat kembali ke bumi Transkrian ku ucapkan pd antum antunna semua,dengan berbaki lagi 4 minggu sebelum kita semua menempuhi final exam,bermacam-macam tuntutan perlu kita tunaikan.samada tuntutan akademik ataupun dakwah,saat ini lah menguji sejauhmana kemampuan kita utk mengawal atau merencana dgn bijak gerak langkah kita,oleh itu,gunakanlah kebijaksanaan masing2 utk menyelesaikan dua perkara ini iaitu antara dakwah dan akademik…ana percaya antum sume adalah sahabat yg bijak mencatur pergerakan masa,membahagikan masa dgn sebaik2nya antara dakwah dan akademik,ana bukanlah hebat dlm hal akademik,tetapi tulisan ini adalah sebagai motivasi utk diri sendiri juga…moga sume penggerak2 ISLAM di bumi transkrian di permudahkan ALLAH atas setiap urusan….amin

Posted by: am17 | September 26, 2008

bingkisan akhir ramadhan….



Assalammualaikum
salam akhir ramadhan karim….

Apakah perasaan kalian tika ini?adakah kita bersedih menangisi pemergian Ramadhan atau gembira x sabar menyambut Syawal?bagi kita insan yg biasa dan penuh kelemahan,semestinya saat ini kita berasa gembira menanti kedatangan bulan Syawal,x sabar utk pulang ke kampung bertemu keluarga dan sanak saudara,x ketinggalan samalah dgn diriku ini,aku dah x sabaq2 nk balik kg,jumpa family,bersahur dan berbuka puasa di hujung ramadhan dgn keluarga…itulah fitrah insan yg lemah..

Namun disebalik semua itu,marilah kita sama2 muhasabah diri yg lemah ini,sebelum kita gembira menyambut Syawal,marilah kita ‘review’ kembali segala amal ibadat di sepanjang Ramadhan pada kali ini,adakah kita berpuas hati dgn amal ibadat yg kita kerjakan di sepanjang bulan berkat ini? sekiranya tidak,masih berbaki 4 hari lagi utk kita terus mengejar ganjaran hebat yg ALLAH tawarkan..di penghujung akhir Ramadhan adalah tawaran pembebasan dr azab api neraka,marilah kita memecut dgn kelajuan yg maksima utk meraih bonus yg telah ditawarkan ini,ramai mana dr kita yg ghairah mengejar ganjaran ini?

Bagi mereka yg beriman,saat ini adalah peluang yg paling baik utk direbut kerana di akhir 10 ramadhan ada satu malam yg mana lebih baik dari seribu bulan,iaitu malam Al-Qadr..malam Al-Qadr adalah ganjaran paling besar yg Allah kurniakan hanya kepada umat Nabi Muhammad..sejauh mana kita menghargai nikmat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..subhanaAllah,betapa besarnya nikmat menjadi umat Rasullullah S.A.W..adakah kita sedar akan hal ini???..astagfirullah,diriku ini jauh lalai dgn keasyikan dunia yg fana…..di kala ramadhan masih berbaki 4 hari,ayuh marilah kita bangun memperhebatkan lagi ibadat dan berusaha memburu malam al-Qadr…bangunlah menghidupkan malam akhir ramadhan dgn tadarus Al-Quran,tahajjud dan zikir,moga2 kita menjadi tetamu malam al-Qadr..insyaAllah…carilah malam Al-Qadr dgn ikhlas dan amal ibadat…http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=604&Itemid=72

Dikesempatan ini,diriku yg lemah ingin memohon keampunan di atas segala kesilapan samada disedari ataupun tidak..dan aku juga memaafkan segala kesalahan sahabat2 sekalian…semoga kita sume selamat pulang ke kg halaman masing2..moga kita dipertemukan dgn Ramadhan pada tahun hadapan…insyaAllah..wassalam

Posted by: am17 | September 10, 2008

penghujung fasa pertama….

 

 

 

 

assalammualaikum…

salam ramadhan karim kepada sume tetamu ramadhan al-mubaraq,tanpa kita sedari fasa pertama ramadhan telah tiba di penghujungnya..ganjaran kerahmatan di sepuluh hari yang pertama telah meninggalkan kita..apakah kita telah berjaya merebut bonus keRAHMATan ini???????persoalan demi persoalan bermain di ruang fikiranku,adakah aku telah memenuhi piawaian yg telah digariskan bagi melayakkan aku menerima RAHMAT drNYA? ya Allah engkau kurniakanlah sedikit rahmatMU ke atas diri hambaMU yang lemah ini..dlm fasa pertama ini pelbagai ujian telah mendatang,walaupun tidak seberat ujian yg telah ditimpakan keatas Baginda Rasulullah dan para sahabat…semoga ujian ini dpt memperbaiki diri dan sbg kafarah atas dosa yang telah dilakukan…

fasa kedua yakni pakej keampunan telah ditawarkan kpd hamba2NYA yang beriman…Allah memberi ruang seluas-luasnya kpd kita utk merintih,mengadu dan memohon agar segala kesilapan kita di ampunkan olehNYA,amat lah rugi jika kita tidak merebut dan memanfaatkan tawaran yg telah dijanjikan ini….

YA Allah,

hambamu yg hina dan lemah ini,

menadah tangan mengharapkan keampunan drMU atas segala kesilapanku selama ini

Engkau ampunilah segala dosa2 ku,ibu dan ayahku dan seluruh ahli keluargaku

Ampunilah dosa2 seluruh umat islam ya Allah…

dibulan yg penuh rahmat dan berkat ini kami sujud menyembahMU Ya Allah..

berilah kami kekuatan utk mengecapi nikmat yg telah engakau limpahkan di bulan yg mulia ini..aminn

Older Posts »

Categories